RM64.97 juta zakat diserahkan, Sultan Selangor terima bagi pihak LZS

2 Sep 2025, 5:39 AM
RM64.97 juta zakat diserahkan, Sultan Selangor terima bagi pihak LZS
RM64.97 juta zakat diserahkan, Sultan Selangor terima bagi pihak LZS
RM64.97 juta zakat diserahkan, Sultan Selangor terima bagi pihak LZS
RM64.97 juta zakat diserahkan, Sultan Selangor terima bagi pihak LZS

KLANG, 2 SEPT: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima bayaran zakat perniagaan dan pendapatan bagi pihak Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjumlah RM64.97 juta.

Bayaran zakat itu dilunaskan oleh 13 syarikat korporat dan individu dalam majlis yang berlangsung di Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Lembaga Tabung Haji yang diwakili Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar membayar zakat perniagaan berjumlah RM28.01 juta, sekali gus menjadi penyumbang terbesar kepada LZS tahun ini.

Syarikat lain adalah Cyberview Sdn Bhd sebanyak RM5.43 juta, Tenaga Nasional Berhad (RM4.57 juta), Kumpulan Gas Malaysia Berhad (RM3.5 juta), Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (RM3.42 juta), Plus Berhad (RM2.60 juta) dan Kumpulan Proton (RM3.19 juta).

Turut membayar zakat perniagaan adalah Kumpulan DRB-HICOM sebanyak RM2.45 juta, Northport (Malaysia) Berhad (RM1.64 juta), Maybank Islamic Berhad (RM1.6 juta), Kumpulan Etika Takaful (RM1.5 juta), manakala Kumpulan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Edgenta Infrastructure Services Sdn Bhd masing-masing RM1 juta.

Sementara itu, individu korporat Datuk Kamarudin Meranun menunaikan zakat pendapatan berjumlah RM5.07 juta.

Kesemua syarikat berkenaan menunaikan zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2024 dan 2025.

Hadir sama Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Senator Dato’ Setia Salehuddin Saidin, Pengerusi LZS Tan Sri Dato’ Seri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Khaidzir Shahari.

Dalam pada itu, Mohd Khaidzir berkata sumbangan besar ini memberi impak langsung kepada lebih 350,000 penerima zakat di Selangor melalui pelbagai program bantuan dan pembangunan sosioekonomi.

“Kami amat menghargai komitmen syarikat korporat dan individu yang terus menjadikan LZS sebagai saluran utama pembayaran zakat.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan asnaf, sekaligus menyokong kesejahteraan masyarakat Selangor,” maklumnya menerusi kenyataan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619