Kutipan sampah di Kajang kini diurus KDEBWM mulai September

2 Sep 2025, 3:41 AM
Kutipan sampah di Kajang kini diurus KDEBWM mulai September
Kutipan sampah di Kajang kini diurus KDEBWM mulai September

SHAH ALAM, 2 SEPT: KDEB Waste Management (KDEBWM) memulakan operasi baharu kutipan sampah domestik di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bermula 1 September, susulan pelaksanaan kontrak pengurusan kutipan sisa pepejal baharu bagi tempoh tujuh tahun.

Pelaksanaan kontrak ini menandakan fasa kedua pengendalian KDEBWM di kawasan terbabit selepas tamatnya tempoh kontrak pertama. Bagaimanapun, KDEBWM menjangkakan beberapa perubahan pada jadual kutipan serta kemungkinan gangguan kecil ketika fasa awal pelaksanaan.

“Ini adalah berikutan penyusunan semula zon kutipan dan pertukaran kontraktor yang memerlukan masa untuk proses penyesuaian,” menurut kenyataan syarikat tersebut.

Sehubungan itu, penduduk dinasihatkan untuk merujuk saluran rasmi KDEBWM termasuk aplikasi iClean Selangor dan laman sesawang syarikat bagi mendapatkan jadual terkini dan makluman semasa.

KDEBWM turut merakamkan penghargaan kepada penduduk atas kerjasama dan sokongan serta memberi jaminan komitmen untuk perkhidmatan kutipan sampah yang cekap demi kebersihan dan kesejahteraan kawasan tempatan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619