ad

SUKMA: Kerja naik taraf kemudahan sukan lancar, dijangka siap Mac

2 Sep 2025, 2:00 AM
SUKMA: Kerja naik taraf kemudahan sukan lancar, dijangka siap Mac
SUKMA: Kerja naik taraf kemudahan sukan lancar, dijangka siap Mac
SUKMA: Kerja naik taraf kemudahan sukan lancar, dijangka siap Mac

KLANG, 2 SEPT: Kerja menaik taraf beberapa infrastruktur sukan bagi persiapan menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 berjalan lancar dan dijangka siap sepenuhnya Mac tahun depan.

EXCO Sukan Mohd Najwan Halimi berkata antara lokasi yang diberi perhatian ialah Pusat Akuatik Darul Ehsan, Seksyen 13; Lapang Sasar Menembak Subang dan Stadium Pandamaran.

“Sekarang tengah kerja menaik taraf semua kemudahan sedia ada, di peringkat pihak berkuasa tempatan pun sama tengah buat kerja tersebut dan dijangka siap sekitar Mac nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika acara Kejuaraan Silat Sekolah-sekolah peringkat Negeri Selangor 2025 yang diadakan di KSL Esplanade Mall di sini, semalam.

Presiden Persatuan Silat Kebangsaan Negeri Selangor, Datuk Wira Johan Abd Aziz (kiri) menyampaikan cenderhati kepada EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi (kanan) pada Majlis Penutup Kejuaraan Silat Sekolah-Sekolah Peringkat Negeri Selangor di KSL Esplanade Mall, Klang pada 01 September 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Pada 22 Julai, Dato' Menteri Besar berkata SUKMA Selangor 2026 akan diadakan pada 15 hingga 24 Ogos, manakala Para SUKMA dari 5 hingga 14 September.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari, upacara pembukaan temasya dwitahunan itu akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.