Polis Tawau siasat ucapan hasutan di himpunan solidariti Zara Qairina

2 Sep 2025, 12:30 AM
Polis Tawau siasat ucapan hasutan di himpunan solidariti Zara Qairina

TAWAU, 1 SEPT: Polis menerima tiga laporan berkaitan Himpunan Solidariti Justice for Zara di Dataran Majlis Perbandaran Tawau di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata kesemua laporan itu diterima hari ini berhubung seorang individu yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan ke atas Yang Dipertua Negeri Sabah.

“Kertas siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan telah dibuka. Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata berikutan itu polis sedang mengesan seorang wanita dan beberapa saksi lain bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dijalankan secara telus dan mengikut prosedur biasa, kita mahu ambil keterangan,” katanya.

Hari ini tular di media sosial klip video ucapan dan laungan berunsur hasutan dipercayai berlaku pada perhimpunan berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619