PM hargai dedikasi petugas jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025

1 Sep 2025, 3:31 AM
PM hargai dedikasi petugas jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025
PM hargai dedikasi petugas jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025
PM hargai dedikasi petugas jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025
PM hargai dedikasi petugas jayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025

KUALA LUMPUR, 1 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua petugas keselamatan, sukarelawan, penjawat awam serta mereka yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya, semalam.

Anwar menyifatkan semua petugas yang menjalankan tugasan mereka dengan penuh dedikasi sebagai luar biasa.

“Tidak lupa, terima kasih kepada para hadirin yang hadir untuk bersama-sama meraikan detik bermakna ini sebagai satu rakyat, satu negara.

“Kehadiran dan komitmen semua melambangkan kekuatan sebenar Malaysia kekuatan yang lahir daripada perpaduan, saling menghormati, dan rasa cinta terhadap tanah air tercinta ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke sambutan Hari Kebangsaan 2025 yang bertemakan “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” itu semalam.

Perarakan dan persembahan tahun ini menyaksikan penglibatan 14,062 peserta, 81 kontinjen, 21 pasukan pancaragam, tujuh kereta berhias, 508 aset Angkatan Tentera Darat dan Tentera Udara Diraja Malaysia, serta 116 haiwan dalam perkhidmatan awam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619