Di Sungai Kantan, keselamatan kejiranan bukan hanya bergantung kepada pihak polis semata-mata. Setiap malam, anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) berkumpul bagi memulakan tugasan rondaan, menjaga keamanan komuniti daripada ancaman jenayah.
Ditubuhkan sejak 1984, KRT Sungai Kantan menghimpunkan lebih 100 penduduk daripada pelbagai latar belakang.
Setiap hari, antara empat hingga 12 anggota sukarela yang turut bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang meronda kawasan seluas 9,000 hektar dengan motosikal dan kereta.
Jurufoto Media Selangor AHMAD ZAKKI JILAN turut mengikuti rondaan anggota SRS dan KRT menjalankan rondaan bagi menjaga keamanan penduduk setempat.
Anggota SRS mengadakan perbincangan sebelum memulakan rondaan di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Lampu suluh, cota, seragam dan kad kuasa antara peralatan yang sentiasa dibawa anggota SRS ketika menjalankan rondaan di Taman Saujana Impian, Kajang.
Sebelum turun meronda, anggota SRS mengambil masa membuat persiapan di Taman Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2025.
Sebelum rondaan bermula, anggota SRS berbincang mengenai tugasan mereka di Taman Saujana Impian, Kajang pada 12 Ogos 2025.
Anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) mengadakan perbincangan sebelum memulakan rondaan di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota polis bersama anggota SRS mengadakan sekatan jalan raya sebagai langkah pencegahan jenayah.di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang turut serta melakukan rondaan jalan raya sebagai langkah pencegahan jenayah di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota SRS bersama polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang melakukan rondaan sebagai langkah pencegahan jenayah di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota SRS menjalankan rondaan harian bagi memastikan keselamatan serta membendung aktiviti tidak sihat di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota polis bersama SRS menjalankan rondaan harian bagi memastikan keselamatan serta membendung aktiviti tidak sihat di Taman Saujana Impian, Kajang, pada 12 Ogos 2025.
Anggota SRS bekerjasama dengan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dengan mengadakan rondaan bersama setiap bulan.