Selangor perkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat hadapi bencana

31 Ogos 2025, 3:04 PM
Selangor perkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat hadapi bencana
Selangor perkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat hadapi bencana
Selangor perkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat hadapi bencana
Selangor perkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat hadapi bencana

SABAK BERNAM, 31 OGOS: Kerajaan Negeri akan memperkukuh kesiapsiagaan pasukan penyelamat bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana susulan gempa bumi lemah yang melanda Segamat, Johor baru-baru ini.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan pihaknya akan mendapatkan semakan lanjut daripada Jabatan Meteorologi Malaysia sekiranya terdapat keperluan tindakan susulan.

"Setakat ini laporan yang diterima mengenai gegaran di Segamat adalah skalanya agak rendah, mungkin tiada kesan namun ia beri peringatan kepada kita untuk semak dengan MetMalaysia.

"Asasnya kita terkeluar daripada lingkaran kawasan gunung berapi dan juga gempa bumi. Tapi kesannya masih dapat dirasai. Itu memang diakui sejak 2006 apabila berlakunya tsunami. Kita rasa gegarannya, tapi Alhamdulillah kita selamat," katanya.

Beliau berkata, pasukan penyelamat negeri sentiasa diperkukuh dengan keupayaan baharu, meskipun sebelum ini tidak memiliki kepakaran khusus menangani gempa bumi.

"Semalam dalam perbarisan kita tunjukkan kekuatan pasukan penyelamatan pantas yang dibangunkan sendiri. Walaupun gempa bumi bukan kepakaran kita sebelum ini, namun isu banjir dan tanah runtuh sudah berada dalam kawalan," jelasnya.

Dalam perkembangan sama, Amirudin berkata pihaknya akan memberi masa kepada pelajar tingkatan tiga yang terjatuh dari bangunan asrama sebuah sekolah di sini untuk benar-benar pulih sebelum diambil keterangan oleh pihak polis.

"Kita akan dapat laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor setiap hari dan kita akan pantau keadaan. Saya percaya beliau perlu dilindungi dan tidak diziarahi terlalu kerap kerana bimbang jejaskan kesihatannya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619