MB: Pembangunan utara Selangor diberi perhatian, turun padang pastikan pembangunan lancar

31 Ogos 2025, 2:31 PM
MB: Pembangunan utara Selangor diberi perhatian, turun padang pastikan pembangunan lancar
MB: Pembangunan utara Selangor diberi perhatian, turun padang pastikan pembangunan lancar
MB: Pembangunan utara Selangor diberi perhatian, turun padang pastikan pembangunan lancar
MB: Pembangunan utara Selangor diberi perhatian, turun padang pastikan pembangunan lancar

SABAK BERNAM, 31 OGOS: Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari memberi jaminan akan turun padang bagi memastikan projek pembangunan di kawasan utara Selangor berjalan lancar demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak mahu pembangunan hanya tertumpu di bandar besar sebaliknya kawasan luar bandar juga mesti diberi perhatian.

"Kita bukan hanya ingin bangunkan Shah Alam dan Petaling Jaya, tapi juga utara Selangor termasuk Sabak Bernam, Tanjung Karang, Kuala Selangor," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Ekspo Merdeka Kampung Tradisi Peringkat Negeri Selangor 2025 di Stadium Sungai Besar di sini, hari ini.

Antara projek utama yang diberi tumpuan ialah Kawasan Pembangunan Sabak Bernam (SABDA) yang dijangka merancakkan ekonomi tempatan, selain cadangan jajaran rel baharu sehingga ke Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Menurutnya, inisiatif itu akan membolehkan penduduk setempat bekerja di Kuala Lumpur tetapi tetap tinggal di kampung halaman serta bersama keluarga.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shari ditemui media selepas Majlis Perasmian Ekspo Kemerdekaan Kampung Tradisi Peringkat Negeri Selangor di Stadium Sunga Besar, Sabak Bernam pada 31 Ogos 2025. Foto HARUN TAJUDIN/MEDIA SELANGOR

"Inilah kerajaan yang bertanggungjawab. Kita bukan nak tengok apa yang sudah siap semalam, tapi kita sedang merangka 30 tahun ke depan," jelasnya.

Pada majlis sama, Amirudin turut mengumumkan rancangan untuk menaik taraf Stadium Sungai Besar dengan anggaran kos RM2 hingga RM3 juta termasuk penyediaan trek jogging, larian dan kemudahan kejohanan sukan.

"Kita mahu pastikan stadium di Sungai Besar tidak sekadar jadi hos acara kecil seperti catur, tetapi mampu menganjurkan pelbagai kejohanan sukan lain," katanya.

Beliau menegaskan usaha lawatan ke semua kawasan Parlimen di Selangor akan dilakukan antara September hingga 2027, bagi menilai kemajuan projek yang sedang dirancang.

"Kita sedang rangka 30 tahun ke depan, bersiap sedia untuk ulang tahun ke-100 Malaysia. Mungkin kita tiada lagi masa itu, tetapi negara mesti lebih baik," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619