Guru taska disiasat bantu kes dera kanak-kanak dua tahun

31 Ogos 2025, 2:10 PM
Guru taska disiasat bantu kes dera kanak-kanak dua tahun

SHAH ALAM, 31 OGOS: Polis menahan seorang guru taska dipercayai dera fizikal dan mental seorang kanak-kanak berusia dua tahun di Bandar Rimbayu, Kuala Langat dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Mohd Akmalrizal Radzi berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 9.01 malam 24 Ogos lalu, setelah dimaklumkan guru taska lain mengenai tindakan suspek yang bertindak kasar terhadap kanak-kanak perempuan berkenaan.

Beliau berkata berdasarkan laporan, suspek memukul kepala mangsa menggunakan botol air, tudung saji selain turut bertindak mengheret kanak-kanak itu menggunakan kaki dari kawasan kelas sehingga ke bilik air.

“Pada 22 Ogos lepas, pengadu melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati kejadian berlaku seperti mana yang diceritakan guru taska lain sebelum ini dan pengadu juga telah berbincang dengan pihak keluarga berkaitan kejadian itu sebelum hadir untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata suspek wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis selepas lima hari ditahan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Beliau turut memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu untuk hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 03-3187 2222.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619