EXCO: Pusat jagaan Selangor guna garis panduan baharu dilancar Oktober ini

31 Ogos 2025, 10:00 AM
EXCO: Pusat jagaan Selangor guna garis panduan baharu dilancar Oktober ini

OLEH SITI ROHAIZAH ZAINAL

SHAH ALAM, 31 OGOS: Satu garis panduan baharu pusat penjagaan lebih sistematik akan dilancar Oktober depan, kata EXCO kebajikan.

Anfaal Saari berkata garis panduan yang memberi penekanan berkaitan aspek keselamatan khususnya melibatkan kanak-kanak itu bakal diaplikasi di semua pihak berkuasa tempatan.

“Julai tahun lalu, perkara berkaitan garis panduan ini dibawa wakil rakyat Subang Jaya Michelle Ng Mei Sze. Selepas perbincangan selama setahun, draf pertama garis panduan ini dibentang Ogos lalu dan akan dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Kini, perlu tunggu keputusan penasihat undang-undang negeri terlebih dahulu yang dijangka selewatnya hujung September. Apabila selesai semuanya, garis panduan ini dijangka dilancar Oktober nanti,” katanya kepada Media Selangor.

Mengulas lanjut, Anfaal memaklumkan garis panduan baharu yang bakal dilancar itu menitikberatkan isu keselamatan selain memudah cara permohonan.

“Garis panduan ini meliputi ulasan bomba contohnya tangga, syarat peletakan tiang bendera dan pelan setara yang bermaksud mewujudkan jawatankuasa khas peringkat pihak berkuasa tempatan.

“Contohnya, pada masa kini untuk buat permohonan perlu pergi ke jabatan tertentu tetapi dengan garis panduan baharu mereka perlu hantar sekali sahaja kepada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

Sebelum ini, sebuah Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Pusat Jagaan termasuk Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) dibentuk bagi memudahkan cara operator yang kini berdepan kelulusan pendaftaran termasuk syarat berbeza di 12 pihak berkuasa tempatan di Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619