Selangor HalalVibe Fest 2025 satukan ekosistem halal, orang ramai dijemput hadir

31 Ogos 2025, 8:14 AM
Selangor HalalVibe Fest 2025 satukan ekosistem halal, orang ramai dijemput hadir
Selangor HalalVibe Fest 2025 satukan ekosistem halal, orang ramai dijemput hadir

SHAH ALAM, 31 OGOS: Selangor HalalVibe Fest 2025, sebuah festival yang menghimpunkan ekosistem halal merangkumi komuniti, perniagaan dan budaya, bakal dianjurkan November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Halal International Selangor (HIS) Khushairi Lasar berkata berlangsung di Dataran Karnival Shah Alam bermula 10 pagi hingga 10 malam, pelbagai aktiviti dirangka sesuai untuk usahawan, keluarga dan pelbagai lapisan masyarakat.

“300 gerai dijangka menyertai festival ini dan kira-kira 30,000 pengunjung hadir. Kita jemput semua hadir memeriahkannya,” katanya kepada media Selangor.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti pameran, jualan, forum, aktiviti keluarga, hiburan seni budaya sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat terutama usahawan, keluarga dan pencinta gaya hidup halal.

Selain itu tarikan utama termasuk spa kecantikan mesra muslim, pelancongan halal, aktiviti perniagaan dan jaringan profesional yang bakal menjadi platform untuk berhubung, berkembang dan meraikan dunia halal moden.

Penubuhan HIS merupakan antara inisiatif menjadikan Selangor sebagai negeri bertaraf global dalam industri halal selain berfungsi sebagai agensi peneraju kepada tiga inisiatif Pelan Tindakan Halal Selangor 2020-2030.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619