Dua beradik, ibu saudara ditemukan meninggal dunia dalam rumah

30 Ogos 2025, 3:56 PM
Dua beradik, ibu saudara ditemukan meninggal dunia dalam rumah

SEREMBAN, 30 OGOS: Dua beradik lelaki dan perempuan serta ibu saudara mereka ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Tanjung Port Dickson hari ini.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian membabitkan mangsa berusia dalam lingkungan 38 hingga 56 tahun itu daripada Hospital Port Dickson pada 12.20 tengah malam.

“Siasatan awal mendapati dua mayat ditemukan di bahagian ruang tamu manakala seorang lagi di atas katil dalam bilik tidur di rumah. Ketiga-tiga berada dalam keadaan terlentang dengan lengkap berpakaian.

“Seorang mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit kronik manakala seorang lagi orang kurang upaya (sindrom),” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mereka tidak menemukan sebarang kesan pergelutan atau perlakuan jenayah selain tiada sebarang kesan geledah atau kehilangan barang peribadi.

Alzafny berkata mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Port Dickson untuk bedah siasat dan kes di klasifikasikan sebagai mati mengejut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619