ad

Wanita, bayi maut, lima cedera nahas Lebuhraya Timur-Barat

30 Ogos 2025, 12:19 PM
Wanita, bayi maut, lima cedera nahas Lebuhraya Timur-Barat

KOTA BHARU, 30 OGOS: Seorang wanita dan bayi perempuan maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan Perodua Alza dengan lori di Lebuhraya Timur-Barat, berhampiran sempadan Perak-Kelantan hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli Azhar Elmi Mustofar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kejadian pada 3.23 petang melalui sistem MERS999.

“Seorang wanita dalam lingkungan 40-an dan bayi perempuan berusia antara lapan hingga sembilan bulan meninggal dunia di lokasi.

“Pasukan bomba telah mengeluarkan mangsa tersepit sebelum diserahkan kepada polis dan Kementerian Kesihatan untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini.

Azhar Elmi berkata lima mangsa cedera dihantar ke Hospital Jeli untuk rawatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.