ad

Ribut petir dijangka landa Selangor, beberapa negeri hingga 11 malam

29 Ogos 2025, 1:07 PM
Ribut petir dijangka landa Selangor, beberapa negeri hingga 11 malam

SHAH ALAM, 29 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang yang dijangka melanda beberapa daerah di Selangor malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan kawasan terlibat ialah Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang.

Amaran itu berkuat kuasa serta-merta hingga 11 malam ini.

Selain Selangor, keadaan cuaca sama turut dijangka berlaku di Putrajaya serta beberapa daerah di Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan lebat dengan intensiti melebihi 20 milimeter sejam yang dijangka berterusan lebih sejam.

Amaran ini adalah amaran jangka pendek yang sah selama maksimum enam jam bagi satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan agar sentiasa merujuk laman sesawang rasmi MetMalaysia di www.met.gov.my, mengikuti media sosial mereka serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.