Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Kebangsaan

29 Ogos 2025, 8:17 AM
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Kebangsaan
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan Yasin sempena Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 29 OGOS: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri, hari ini.

Turut berangkat Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Keberangkatan tiba baginda di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Setiausaha Kerajaan Selangor Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin.

Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Senator Dato’ Salehuddin Saidin dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato' Mohd Shahzihan Ahmad.

Dipimpin oleh Mufti Selangor Dato’ Dr Anhar Opir, bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat itu disertai kira-kira 1,000 jemaah termasuk pegawai serta anggota keselamatan yang bertugas di Selangor.

Sultan Sharafuddin kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk “Perpaduan Kunci Kemerdekaan Yang Berkekalan” yang disampaikan Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Datuk Muhammad Farhan Wijaya yang turut mengimamkan solat Jumaat.

Sambutan Hari Kebangsaan ke-68 peringkat negeri akan berlangsung malam esok di Dataran Kemerdekaan Shah Alam yang mengangkat tema "Malaysia MADANI Rakyat Disantuni", sama dengan tema peringkat kebangsaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619