Gegaran terbaharu di Segamat, rekod empat gempa dalam seminggu

29 Ogos 2025, 12:56 AM
Gegaran terbaharu di Segamat, rekod empat gempa dalam seminggu

JOHOR BAHRU, 29 OGOS: Satu gempa bumi lemah dengan magnitud 3.4 pada skala Richter dikesan berlaku di Segamat awal pagi ini, menjadikannya kejadian keempat direkodkan di daerah itu dalam minggu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa pada 4.24 pagi itu berpusat di koordinat 2.7° Utara dan 102.9° Timur, kira-kira 22 kilometer timur laut dari Segamat, dengan kedalaman 10 kilometer.

Gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Johor.

“MetMalaysia akan terus memantau keadaan ini dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut meminta orang awam yang merasai gegaran agar mengisi borang soal selidik menerusi pautan https://forms.gle/nt79XYue2odoATPK7 bagi membantu penilaian agensi itu.

Sebelum ini, Segamat merekodkan tiga kejadian gempa bumi lemah masing-masing pada 24, 27 dan 28 Ogos dengan magnitud antara 2.5 hingga 4.1.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619