Insiden lampu kilat sebabkan gangguan sementara bekalan elektrik di KLIA2

28 Ogos 2025, 2:47 PM
Insiden lampu kilat sebabkan gangguan sementara bekalan elektrik di KLIA2

PUTRAJAYA, 28 OGOS: Satu kejadian gangguan sementara bekalan elektrik telah berlaku di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini, susulan insiden lampau kilat melibatkan penyambungan kabel, menurut Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

MAHB dalam satu kenyataan memberikan jaminan bahawa operasi lapangan terbang tidak terjejas kerana sistem penting terus berfungsi tanpa gangguan.

“Sistem kuasa utama termasuk penjana sokongan diaktifkan serta-merta, memastikan sistem kritikal seperti pengendalian bagasi, kaunter daftar masuk dan paparan maklumat penerbangan, berfungsi seperti biasa,” menurut kenyataan itu hari ini.

Kenyataan MAHB itu memaklumkan bahawa pasukan teknikalnya telah bertindak pantas dan profesional dengan mengalihkan bekalan kuasa dari pencawang alternatif dan berjaya memulihkan bekalan sepenuhnya dalam tempoh 28 minit.

“Semua perkhidmatan penting kekal beroperasi sepanjang tempoh itu,” menurut kenyataan itu.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan bahawa satu laporan penuh mengenai insiden gangguan bekalan elektrik di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) sedang disediakan untuk diserahkan kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.

“Kami sedang menjalankan penilaian menyeluruh terhadap insiden ini, bagi mengelakkan kejadian seumpamanya berulang dan memastikan ketahanan infrastruktur kami,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, KLIA2 mengalami gangguan elektrik pada jam 2.15 petang hari ini, dan Menteri Pengangkutan menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali, kerana menjejaskan imej negara.

Insiden tersebut berlaku ketika Anthony Loke berada di KLIA2 bagi pelancaran kempen Tap, Travel and Discover anjuran gateway@klia2.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619