Selangor kaji potensi padi lima musim, pesawah Kuala Selangor jadi perintis

28 Ogos 2025, 12:33 PM

SHAH ALAM, 28 OGOS: Selangor menjadi negeri perintis kajian penanaman padi lima musim dalam dua tahun (5M2T) apabila projek percubaan dilaksanakan di Sawah Sempadan, Kuala Selangor.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, penyelidikan bersama Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta IADA Barat Laut Selangor antara 2015 hingga 2017 melibatkan kawasan 214.9 hektar dan disertai 141 pesawah.

“Hasil kajian menunjukkan cabaran seperti serangan perosak, tanah jerlus dan kos pengeluaran dapat diatasi melalui penggunaan teknologi moden, bekalan air konsisten serta pengurusan ladang yang baik.

“48.3 peratus pesawah juga menyatakan kesediaan untuk mengamalkan kaedah ini,” menurut jawapan bertulis kementerian di Parlimen semalam bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sabak Bernam Kalam Salan.

Bagaimanapun, KPKM menjelaskan pelaksanaan meluas masih di peringkat penilaian kerana beberapa faktor asas perlu diperkukuh termasuk varieti padi matang singkat, jaminan bekalan air, serta tahap penerimaan pesawah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619