Selangor sasar 75 peratus penglibatan tenaga buruh wanita menjelang 2030

28 Ogos 2025, 4:31 AM
Selangor sasar 75 peratus penglibatan tenaga buruh wanita menjelang 2030
Selangor sasar 75 peratus penglibatan tenaga buruh wanita menjelang 2030
Selangor sasar 75 peratus penglibatan tenaga buruh wanita menjelang 2030
Selangor sasar 75 peratus penglibatan tenaga buruh wanita menjelang 2030

SUBANG JAYA, 28 OGOS: Selangor menetapkan sasaran kadar penyertaan tenaga buruh wanita mencecah 75 peratus menjelang 2030, berbanding 69.8 peratus ketika ini, menurut EXCO pembangunan wanita.

Anfaal Saari berkata pencapaian semasa itu lebih baik berbanding purata nasional iaitu 58.5 peratus, sekali gus membuktikan negeri ini berada di landasan tepat dalam agenda pemerkasaan wanita.

EXCO Pembangunan Wanita Anfaal Saari berucap pada Program Gender Outlook Forum 2025 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

“Kesaksamaan jantina secara spesifik diukur oleh agensi antarabangsa dan pelbagai usaha dilaksana bagi mengurangkan jurang daripada segi pendidikan, kesihatan, ekonomi dan politik.

“Namun, daripada segi dasar tenaga buruh wanita, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan kadar partisipasi di Selangor 69.8 peratus lebih cemerlang berbanding nasional 58.5 peratus.

“Kita sasar kadar ini mencapai 75 peratus pada 2030 sekali gus meneguhkan kedudukan negeri sebagai peneraju pemerkasaan wanita di Malaysia selain menjadi model rujukan serantau,” katanya.

Beliau ditemui selepas merasmikan Gender Outlook Forum 2025 yang bertujuan meningkatkan kerjasama serantau dalam agenda pemerkasaan wanita dan kesaksamaan gender di peringkat nasional serta antarabangsa.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari bersama peserta program pada Program Gender Outlook Forum 2025 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM

“Objektif forum ini adalah mengarusperdanakan kesaksamaan gender dalam pembuatan keputusan di semua sektor dasar dan memperkukuh usaha kerajaan dengan meningkatkan kapasiti selaras komitmen global.

“Diharap dengan adanya forum ini menjadi pemangkin kerjasama strategik dan tindakan kolektif untuk mempercepat agenda kesaksamaan gender di Selangor dan rantau Asia Tenggara,” katanya lagi.

Turut hadir isteri perdana menteri Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Sri Nancy Shukri.

Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail bersama Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri dan EXCO Pembangunan Wanita dan Keluarga Anfaal Saari berswafoto bersama peserta pada Program gender outlook forum 2025 di The Saujana Hotel Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619