Amirudin cadang Asean bina pesawat serantau seperti Airbus

27 Ogos 2025, 1:58 PM
Amirudin cadang Asean bina pesawat serantau seperti Airbus

KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mahu negara-negara Asean tampil dengan usaha berani untuk membangunkan pesawat serantau sendiri seperti yang dilakukan Eropah.

Beliau berkata perkara ini boleh dicapai dengan memanfaatkan populasi blok yang semakin bertambah dan mengambil kira kepentingan strategik industri aeroangkasa yang semakin meningkat.

"Dengan populasi 680 juta, yang diunjurkan melebihi 700 juta menjelang 2032, saya fikir Asean sepatutnya mempunyai gambaran kolektif untuk membina sebuah pesawat.

"Begitulah cara Airbus bermula, kerana firma individu di seluruh Eropah melihat syarikat Amerika seperti Boeing, McDonnell Douglas, dan Lockheed Martin dan berkata 'Kita harus bersaing', jadi mereka berkumpul untuk membentuk konsortium yang membawa kepada penciptaan Airbus.

“Pada mulanya ia hanya melibatkan firma dari Perancis dan Jerman, dan kemudiannya disertai oleh syarikat Sepanyol dan British,” katanya berucap pada Sidang Meja Bulat Pengenalan Selangor Hab Aeroangkasa, di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Amirudin berkongsi pandangan bersama ketua diplomatik berhubung cadangan serta strategi industri aeroangkasa di Selangor sempena kepengerusian Asean-Malaysia 2025.

Amirudin berkata, walaupun Airbus dan Boeing telah lama menguasai pasaran, dunia menyaksikan peningkatan lebih banyak pengeluar pesawat, termasuk Embraer Brazil dan Comac China.

Jelasnya, industri aeroangkasa bukan lagi hanya industri komersial tetapi satu kepentingan strategik geopolitik, dengan negara menggunakan keupayaan penerbangan sebagai kelebihan dalam perdagangan serta diplomasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619