ad

Selangor rangka garis panduan khas, mudahkan kanak-kanak lapor kes buli

27 Ogos 2025, 5:47 AM
Selangor rangka garis panduan khas, mudahkan kanak-kanak lapor kes buli
Selangor rangka garis panduan khas, mudahkan kanak-kanak lapor kes buli

SHAH ALAM, 27 OGOS: Kerajaan Negeri bakal merangka garis panduan khas bagi memudahkan kanak-kanak melapor kejadian buli, sebagai usaha membendung budaya itu daripada terus berleluasa.

EXCO Pembangunan Keluarga Anfaal Saari berkata panduan tersebut memberi ruang kepada kanak-kanak, khususnya pelajar asrama untuk menyalur maklumat sekiranya ditindas.

Wawancara EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari di Studio Media Selangor, Shah Alam pada 6 Mei 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

“Mungkin mereka tak selesa atau takut bercerita kepada sesiapa. Jadi panduan ini mudahkan kanak-kanak melaporkan kejadian buli yang dihadapi.

“Harap usaha ini dapat mengekang budaya buli daripada terus berleluasa, sebelum apa-apa yang parah berlaku,” katanya ketika dihubungi Media Selangor hari ini.

Anfaal turut menasihati ibu bapa agar segera melapor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sekiranya mengetahui anak mereka menjadi mangsa jenayah buli.

Beliau berkata laporan sama juga boleh dikemukakan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat supaya tindakan segera dapat diambil.

“Ini penting supaya semua laporan dicatatkan dan adanya tindakan segera. Saya rasa langkah mencegah lebih penting untuk elakkan sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Minggu lalu, KPM menegaskan salah laku buli yang berlaku di sekolah perlu dilaporkan menerusi sistem Aduan Buli KPM.

Dengan maklumat lengkap, tindakan itu membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.