Himpunan RXZ 7.0: Polis sahkan lima kematian direkodkan

26 Ogos 2025, 5:38 AM
Himpunan RXZ 7.0: Polis sahkan lima kematian direkodkan

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan lima kematian akibat kemalangan sepanjang Himpunan RXZ Members 7.0 di Terengganu baru-baru ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Yusri Hassan Basri.

Beliau berkata pihak polis menghargai kerjasama penganjur dan peserta sepanjang program itu, namun menasihatkan mereka supaya lebih berhati-hati pada masa akan datang bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

“Pihak penganjur memberi kerjasama yang baik kepada PDRM, khususnya JSPT, dalam memastikan peserta RXZ 7.0 hadir dengan selamat.

“Saya juga berterima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan sikap positif dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan aspek keselamatan sepanjang program berkenaan,” katanya ketika ditemui pada PDRM Special Dialogue III 2025 di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa kematian direkodkan akibat kemalangan membabitkan peserta Himpunan RXZ Members 7.0 ketika dalam perjalanan ke acara itu.

Program RXZ 7.0 yang berlangsung di Gong Badak, Kuala Nerus, pada Sabtu lalu, menghimpunkan ribuan pemilik serta peminat motosikal Yamaha RXZ dari seluruh negara, selain menampilkan pelbagai aktiviti komuniti dan pameran dunia permotoran.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619