52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam

26 Ogos 2025, 5:01 AM
52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam
52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam
52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam
52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam
52 maut termasuk enam wartawan dalam serangan Israel di Gaza semalam

ISTANBUL, 14 OGOS: Sekurang-kurangnya 52 rakyat Palestin, termasuk enam wartawan, terbunuh manakala puluhan lagi cedera dalam serangan terbaharu Israel di Semenanjung Gaza pada Isnin, menurut pasukan perubatan, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Kementerian Kesihatan berkata 20 orang terbunuh, termasuk lima wartawan dan seorang anggota bomba, dalam serangan Israel ke atas Kompleks Perubatan Nasser di Khan Younis, selatan Gaza.

Menurut kementerian itu, tentera Israel menyerang tingkat empat satu daripada bangunan kompleks berkenaan dengan dua serangan udara, sambil menambah bahawa serangan kedua berlaku ketika pasukan penyelamat tiba untuk memindahkan mangsa cedera dan mengeluarkan mayat mangsa.

Televisyen rasmi Palestin melaporkan antara yang maut ialah jurukameranya Hussam al-Masri, manakala saluran Qatar Al Jazeera mengesahkan jurugambarnya Mohammad Salama turut terbunuh.

Sumber perubatan yang dipetik Anadolu turut mengesahkan kematian wartawan foto Mariam Abu Dagga, wartawan foto Moaz Abu Taha dan wartawan bebas bagi portal berita Tunisia dan Maghribi, Ahmed Abu Aziz dalam serangan Israel itu.

Hassan Douhan seorang wartawan akhbar harian Palestin, Al-Hayat al-Jadida turut terkorban dalam serangan berasingan tentera Israel di Al-Mawasi, selatan Gaza.

Pertahanan Awam Palestin dalam satu kenyataan berkata seorang pemandu jentera bomba terbunuh dalam serangan di kompleks perubatan itu manakala tujuh lagi anggota pasukannya cedera ketika cuba menyelamatkan mangsa serta mengeluarkan mayat.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan serangan ke atas hospital itu, sambil mendakwa pihaknya “kesal atas sebarang kemudaratan terhadap orang awam yang tidak terlibat dan sama sekali tidak menyasarkan wartawan.”

Kematian terbaharu itu menjadikan jumlah wartawan yang terbunuh di Gaza sejak Oktober 2023 kepada 246 orang, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Israel membunuh lebih 62,700 rakyat Palestin di Gaza sejak Oktober 2023. Kempen ketenteraan itu memusnahkan wilayah berkenaan yang kini berdepan kebuluran.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619