Yayasan MBI: Mangsa ribut diminta lapor polis, ambil gambar kerosakan untuk permudah bantuan

26 Ogos 2025, 3:55 AM
Yayasan MBI: Mangsa ribut diminta lapor polis, ambil gambar kerosakan untuk permudah bantuan
Yayasan MBI: Mangsa ribut diminta lapor polis, ambil gambar kerosakan untuk permudah bantuan
Yayasan MBI: Mangsa ribut diminta lapor polis, ambil gambar kerosakan untuk permudah bantuan

SHAH ALAM, 26 OGOS: Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menawarkan bantuan ihsan kepada mangsa ribut yang terjejas dalam kejadian itu, malam tadi.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor berkata mangsa terjejas diminta membuat laporan polis serta mengambil gambar kerosakan sebagai dokumen sokongan untuk memohon bantuan.

Jelas beliau, langkah itu penting bagi memastikan proses penyaluran sumbangan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan teratur.

“Petugas kami sudah digerakkan untuk mengenal pasti rumah yang terjejas.

"Pada masa sama mangsa perlu membuat laporan polis serta mengambil gambar kerosakan supaya ia boleh dijadikan dokumen rasmi bagi permohonan bantuan,” katanya kepada Media Selangor.

Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat lengkap berhubung kejadian ribut kuat malam tadi yang menjejaskan beberapa kawasan termasuk Jeram dan Kuala Selangor, selain sebahagian Gombak dan Ampang.

Menurutnya, bantuan berjumlah antara RM500 hingga RM1,000 akan disalurkan bergantung kepada tahap kerosakan dialami mangsa.

“Walaupun jumlah ini tidak dapat menampung keseluruhan kos kerugian, ia diharap mampu meringankan beban mereka,” jelasnya.

Ahmad Azri turut menegaskan Yayasan MBI sentiasa bersedia menghulurkan bantuan kepada rakyat Selangor yang berdepan bencana, termasuk banjir dan kebakaran, selain kejadian ribut.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir beserta hujan lebat di beberapa kawasan Pantai Barat Semenanjung termasuk Selangor, yang membawa kepada kejadian pokok tumbang serta kerosakan harta benda di beberapa lokasi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619