ad

GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up

25 Ogos 2025, 2:41 AM
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up
GM Klang pimpin inisiatif komuniti bersih, kreatif dan lestari menerusi program Fun & Freshen Up

KLANG, 25 OGOS 2025 – 30 peserta. 5 pemenang. 1 matlamat: Menceriakan Taman Pengkalan Batu, Klang. Begitulah ringkasan impak program “Fun & Freshen Up” anjuran GM Klang yang berlangsung penuh semangat pada Sabtu, 23 Ogos 2025 lalu bersempena sambutan Earth Warriors Day 2025. Program ini dilaksanakan di bawah inisiatif “Wake Up Make Up” anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) dan direalisasikan melalui kerjasama erat bersama Earth Warriors Association serta Persatuan Pemborong Malaysia (PPM). Inisiatif ini menjadi simbol kerjasama strategik tiga penjuru antara sektor korporat, NGO dan komuniti dalam usaha memperindah, membersihkan dan melestarikan ruang awam bandar Klang.

Program yang bermula seawal 7:30 pagi ini terbahagi kepada dua komponen utama. Di Bawah penyelarasan MBDK menerusi inisiatif “Wake Up Make Up”, agensi jemputan melaksanakan aktiviti pengecatan mural dan penanaman pokok hiasan, memberi wajah baharu dan suasana yang lebih segar kepada kawasan rekreasi Taman Pengkalan Batu. Pada masa sama, pasukan GM Klang bersama Earth Warriors dan PPM menerajui aktiviti pembersihan Kawasan sekitar mural yang merupakan intipati utama program “Fun & Freshen Up”.

Selaras dengan pendekatan kreatif dan mesra digital, GM Klang turut menganjurkan pertandingan Instagram Stories bertemakan “I AM THE EARTH WARRIOR!”. Para peserta hanya perlu memuat naik gambar paling kreatif yang mencerminkan semangat sebagai "pahlawan bumi" dan tag akaun rasmi GM Klang. Sebanyak lima penyertaan paling kreatif telah dipilih pada hari yang sama dan pemenang membawa pulang hadiah eksklusif termasuk barangan cenderamata serta perkakas rumah tajaan GM Klang. Aktiviti ini membuktikan bahawa mesej kelestarian boleh disampaikan dengan cara yang menyeronokkan dan inklusif.

“Tahun lalu, kami memulakan inisiatif ini secara sederhana di sekitar Bandar Botanic, Klang. Ia menjadi permulaan yang bermakna, memberi ruang kepada kami untuk melihat sendiri bagaimana usaha kecil boleh memberi kesan besar kepada komuniti. Tahun ini, kami berbangga dapat membawa misi yang sama ke Taman Pengkalan Batu dengan skala yang lebih teratur dan sokongan padu daripada rakan kolaborator seperti Earth Warriors Association, Persatuan Pemborong Malaysia (PPM) dan tentunya Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK),” kata Puan Norsuhaida Othman, Pengurus Kanan, Komunikasi Jenama GM Klang.

Tambahnya lagi, “Melihat semangat peserta yang turun padang seawal pagi, berganding bahu membersihkan kawasan mural dan menyebarkan mesej kelestarian melalui IG Story Challenge benar-benar memberi inspirasi kepada kami. Ia membuktikan bahawa program kebersihan tidak semestinya bersifat konvensional, sebaliknya boleh dilaksanakan secara kreatif, moden dan menyeronokkan. Kami yakin pendekatan seperti ini mampu mendekatkan masyarakat kepada nilai kelestarian, dan kami berharap program ini akan terus berkembang dengan lebih banyak penyertaan, lokasi serta semangat komuniti yang semakin utuh dari tahun ke tahun.”

Sokongan GM Klang terhadap inisiatif “Wake Up Make Up” anjuran MBDK mencerminkan komitmen jangka panjangnya terhadap tanggungjawab alam sekitar dan kerjasama berimpak tinggi bersama komuniti. Program “Fun & Freshen Up” bukan sekadar program satu hari, ia berkembang sebagai platform untuk memupuk gaya hidup lestari, pemilikan komuniti dan penataan ruang awam secara kreatif. GM Klang akan terus berperanan sebagai pemangkin kepada inisiatif berasaskan komuniti yang mampu memperkasakan ruang awam dan memperkukuh semangat kebersamaan di Klang dan kawasan sekitarnya

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.