Curi kabel tembaga: Tiga suspek ditahan selepas rempuh kenderaan di Cheras

24 Ogos 2025, 11:37 AM
Curi kabel tembaga: Tiga suspek ditahan selepas rempuh kenderaan di Cheras

KUALA LUMPUR, 24 OGOS: Polis menahan tiga lelaki disyaki mencuri kabel yang turut tular melalui media sosial selepas kenderaan dinaiki mereka merempuh beberapa kenderaan semasa melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Aidil Bolhassan berkata suspek berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan di Jalan Cheras di sini pada 2.45 petang semalam.

“Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan pacuan empat roda suspek menemukan empat guni berisi kabel tembaga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Suspek direman hingga Rabu untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan iaitu mencuri dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Aidil berkata pemilik kenderaan dirempuh juga telah membuat laporan polis dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi hotline Polis Cheras menerusi talian 03-92845050/5051 dan hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau balai polis berdekatan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619