Pempengaruh dilantik duta Rumpun Selangor, sebar mesej perpaduan

24 Ogos 2025, 7:48 AM
Pempengaruh dilantik duta Rumpun Selangor, sebar mesej perpaduan
Pempengaruh dilantik duta Rumpun Selangor, sebar mesej perpaduan
Pempengaruh dilantik duta Rumpun Selangor, sebar mesej perpaduan

KLANG, 24 OGOS: Seorang pempengaruh terkenal bakal dilantik sebagai duta Rumpun Selangor bagi menyebar luas mesej perpaduan khususnya kepada golongan muda, kata EXCO perpaduan

Datuk Rizam Ismail berkata pelantikan duta itu bukan sahaja berperanan menyampaikan mesej perpaduan, malah turut mempromosikan sektor pelancongan dan ekonomi negeri.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail berucap ketika majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di SJKC Pandamaran B, Klang pada 24 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

“Selain meneruskan program Rumpun Selangor, kita juga bersetuju melantik duta daripada pempengaruh supaya mesej yang ingin disampaikan lebih mudah didengari khususnya anak muda.

“Selangor ini ibarat mini Malaysia yang majoriti semua ada. Tidak kira lahir di Selangor, bermastautin atau bekerja, mereka perlu tahu pentingnya perpaduan dan kemakmuran wajar dinikmati semua.

“Oleh itu, pelantikan duta ini akan diumumkan pada majlis perasmian Ekspo Kemerdekaan Kampung-Kampung Tradisi Selangor di Stadium Sungai Besar pada 30 Ogos nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan sambutan Minggu Perpaduan peringkat Selangor di sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Perpaduan Negara Senator K. Saraswathy.

EXCO Perpaduan Datuk Rizam Ismail mengibar Jalur Gemilang ketika majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di SJKC Pandamaran B, Klang pada 24 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Rizam turut memaklumkan Kerajaan Negeri sentiasa proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan keharmonian masyarakat terus terpelihara.

Antara program yang dilaksanakan termasuk Rumpun Selangor yang menjelajah seluruh negeri bersama Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

“Turut dilaksana Ekspo Kemerdekaan Kampung-Kampung Tradisi Selangor, pertandingan mencipta video pendek perpaduan, sambutan Minggu Perpaduan dan program bersama ketua kampung.

“Dengan kepelbagaian inisiatif ini dapat terus mendidik dan membudayakan sikap tanggungjawab serta sayangkan negara sekali gus memelihara kemerdekaan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619