2,200 malim gunung bakal terima SKM tahap tiga

24 Ogos 2025, 4:41 AM
2,200 malim gunung bakal terima SKM tahap tiga
2,200 malim gunung bakal terima SKM tahap tiga
2,200 malim gunung bakal terima SKM tahap tiga
2,200 malim gunung bakal terima SKM tahap tiga

PETALING JAYA, 24 OGOS: Malaysia mempunyai 2,200 malim gunung yang kini sudah mendapat latihan Jabatan Perhutanan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Pahang Mohd Yussainy Md Yusop berkata susulan itu mereka bakal menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga.

Menurutnya, usaha itu merupakan sebahagian bagi membantu komuniti tempatan iaitu malim gunung mendapat pengiktirafan kerajaan kelak.

Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang Mohd Yussainy Md Yusop bercakap kepada media selepas majlis Ramah Mesra Komuniti Pendaki dan majlis Apresiasi Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 23 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

"Kita baharu sahaja selesai menyediakan satu standard dokumen untuk dibentang kepada jawatankuasa teknikal standard September ini.

"Kalau tiada halangan hujung September nanti kita akan mengiktiraf semua malim gunung yang mendapat latihan dua agensi ini sehingga mereka dapat SKM tahap 3," katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Ramah Mesra Komuniti Pendaki dan Majlis Apresiasi Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 di kediaman tokoh wartawan negara yang juga pendaki Tan Sri Johan Jaafar di sini semalam.

Terdahulu, kira-kira 60 pendaki negara dirai dan majlis turut diserikan dengan kehadiran dua ikon pendaki negara Datuk M Magendran dan Datuk N Mohandas yang menakluk Gunung Everest pada 1997.

Tan Sri Johan Jaafar berucap ketika Majlis Ramah Mesra Komuniti Pendaki dan Majlis Apresiasi Ekspedisi Trans Titiwangsa V6 di Bukit Gasing, Petaling Jaya pada 23 Ogos 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619