ad

Budak empat tahun digigit anjing penghidu di Lapangan Terbang Kolkata

23 Ogos 2025, 3:10 PM
Budak empat tahun digigit anjing penghidu di Lapangan Terbang Kolkata

NEW DELHI, 23 OGOS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas digigit anjing penghidu yang diikat dengan tali cawak di Lapangan Terbang Kolkata, timur India, sekali gus menyebabkan keluarganya membatalkan percutian yang dirancang ke Malaysia.

Kejadian pada 12 Ogos itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan perlu menjalani rawatan antirabies untuk tempoh beberapa minggu.

Bapa mangsa membuat aduan polis terhadap pengendali haiwan itu atas dakwaan "ketidakcekapan" dalam mengawal anjing berkenaan yang bertugas dengan Jabatan Kastam, lapor media tempatan pada Sabtu.

Pengendali anjing itu didakwa "meninggalkan tugasnya dan melarikan diri bersama anjing berkenaan", sekali gus menyebabkan keluarga mangsa terkandas, dakwa bapa kanak-kanak itu dalam aduannya, menurut laporan Times of India.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.