UIS cipta rekod penyertaan terbesar sambutan Hari Kebangsaan

23 Ogos 2025, 12:37 PM
UIS cipta rekod penyertaan terbesar sambutan Hari Kebangsaan
UIS cipta rekod penyertaan terbesar sambutan Hari Kebangsaan

SHAH ALAM, 23 OGOS: Universiti Islam Selangor (UIS) melakar sejarah apabila mencatat rekod baharu dalam The Malaysia Book of Records menerusi penyertaan terbesar warga kampus dalam program sempena Hari Kebangsaan 2025.

Bahagian Komunikasi Korporatnya berkata program itu menghimpunkan 1,675 warga UIS termasuk mahasiswa, pensyarah dan staf pentadbiran yang bertempat di Dewan Sultan Idris Shah, hari ini.

"Peserta menampilkan ekspresi kreatif melalui penulisan ringkas mengenai makna kemerdekaan sebelum membentuk perbarisan berkonsepkan Jalur Gemilang, simbolik kepada perpaduan rakyat Malaysia yang majmuk," katanya dalam kenyataan.

The Malaysia Book of Records yang diterima Universiti Islam Selangor (UIS) bagi Program From Campus To Country: Our Voice, Our Merdeka Theme 2025 sempena sambutan Hari Kebangsaan. Foto UIS

Antara acara yang dipersembahkan adalah perarakan kemerdekaan melibatkan pelbagai kaum dan komuniti setempat diiringi pancaragam serta lintas hormat, . majlis perasmian dengan pertunjukan dron, deklamasi sajak serta persembahan silat.

Selain itu, pertandingan mewarna, sayembara puisi, kuiz, aktiviti santai seperti memancing dan kayak bertemakan kemerdekaan serta malam kebudayaan yang menampilkan persembahan seni pelbagai kaum.

Menurut kenyataan lagi, rekod itu merupakan kejayaan kali kedua selepas kali pertama pada 3 Ogos 2007 ketika universiti itu dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619