Peristiwa 23 Ogos 1959: Tunku Abdul Rahman bentuk kabinet pertama selepas merdeka

23 Ogos 2025, 1:00 PM
Peristiwa 23 Ogos 1959: Tunku Abdul Rahman bentuk kabinet pertama selepas merdeka

Pada hari ini dalam tahun 1959, Pemimpin Kebangsaan Parti Perikatan, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj membentuk kabinetnya yang pertama selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.

Pembentukan kabinet pertama ini hasil kemenangan Parti Perikatan (Umno, MIC dan MCA) dalam pilihan raya pada 19 Ogos 1959 yang menyaksikan pelantikan 11 orang ahli kabinet.

Tunku Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 22 Ogos 1959 dan mengambil alih semula jawatan itu daripada Datuk Abdul Razak Hussein yang menyandang jawatan tersebut semasa beliau bercuti selama tiga bulan untuk menjalankan kempen pilihan raya.

Selain sebagai Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman juga bertanggungjawab memastikan kemajuan kampung-kampung manakala Abdul Razak telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Pembentukan kabinet pertama selepas kemerdekaan ini menjadi titik tolak kepada usaha-usaha menyatupadukan rakyat, memajukan dan memakmurkan negara.

Sumber: Arkib Negara

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619