ad

Menteri nafi arah sekat kandungan media sosial berkait kes Zara Qairina

23 Ogos 2025, 9:18 AM
Menteri nafi arah sekat kandungan media sosial berkait kes Zara Qairina

SHAH ALAM; 23 OGOS: Menteri Komunikasi menafikan beliau mengeluarkan kenyataan atau arahan untuk menyekat kandungan berkait kes Zara Qairina Mahathir.

Datuk Fahmi Fadzil menegaskan hantaran yang dimuat naik pemilik akaun Facebook Datu Bentan Alamin adalah fitnah.

“Saya tidak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan mahupun arahan seperti yang didakwa," katanya menerusi Facebook.

Fahmi juga memaklumkan laporan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah dibuat terhadap pemilik akaun berkenaan.

Beliau turut menyeru semua pihak menghentikan penyebaran fitnah dan tidak menunggang sebarang isu demi kepentingan peribadi.

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha di Papar pada pagi 16 Julai.

Rabu lalu, lima remaja perempuan didakwa di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan perkataan mencela terhadap Zara Qairina mengikut Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.