Polis kesan individu muat naik video kanak-kanak kejar kereta

23 Ogos 2025, 6:17 AM
Polis kesan individu muat naik video kanak-kanak kejar kereta

SHAH ALAM, 23 OGOS: Kanak-kanak yang tular dalam video mengejar kereta ibunya selepas tertinggal di hadapan sebuah sekolah di Seri Kembangan, kelmarin, dilaporkan berada dalam keadaan baik.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, pihaknya kini sedang mengesan individu yang memuat naik video berkenaan untuk membantu siasatan, lapor Kosmo!

“Semakan mendapati kanak-kanak itu berada dalam keadaan baik. Bagaimanapun, siasatan masih diteruskan,” katanya sambil memaklumkan pihak polis juga telah mengambil keterangan ibu bapa murid terbabit selepas laporan polis dibuat berhubung penularan video itu.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menyemak fakta sebelum memuat naik sebarang video serta berhati-hati ketika membuat perkongsian.

Semalam, media melaporkan polis menerima laporan daripada seorang wanita berusia 37 tahun berhubung klip video tular berdurasi satu minit sembilan saat membabitkan dirinya dan anak.

Suri rumah itu membuat laporan polis selepas menerima pelbagai komen negatif susulan penularan video tersebut.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619