ad

Kemeriahan Kibaran Jalur Gemilang

Kemeriahan Kibaran Jalur Gemilang

Sempena bulan kemerdekaan, kibaran Jalur Gemilang menghiasi setiap pelusuk negara sekali gus menunjukkan semangat cintakan tanah air kekal utuh.

Kibaran warna merah, putih, biru dan kuning bukan sahaja menceriakan suasana, malah mengingatkan rakyat kisah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan dan seterusnya memelihara nikmat keamanan yang dikecapi.

Semangat mengibarkan Jalur Gemilang sama ada di bangunan pejabat, sekolah, rumah mahu pun kenderaan juga membawa mesej kita semua bersatu di bawah satu panji tanpa mengira latar belakang bangsa dan agama.

Kemeriahan sambutan bulan kemerdekaan juga memperlihatkan semangat patriotisme terus segar dan diwarisi dari satu generasi ke generasi.

Jurufoto Ahmad Zakki Jilan, Harun Tajudin, Remy Arifin, Adibah Izam dan Khairul Helmy merakam kibaran Jalur Gemilang yang menghiasi pelbagai lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur menjelang Hari Kebangsaan.

Saedon Sulaiman Shah, 60, memasang Jalur Gemilang di sebuah jambatan sempena bulan kemerdekaan di Kampung Teras Jernang, Hulu Langat pada 17 Ogos 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Sekumpulan kanak-kanak mengayuh basikal sambil mengibarkan Jalur Gemilang bagi menyemarak bulan kebangsaan ke-68 ketika tinjauan di Shah Alam pada 17 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Pekerja kedai perabot di Greenwood Gombak mengambil inisiatif menghias kawasan perniagaan dengan Jalur Gemilang sempena bulan kermeedekaan Malaysia yang ke 68 pada tahun ini.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.

Gelagat si cilik memegang Jalur Gemilang sempena bulan kebangsaan ke-68 ketika tinjauan di Shah Alam pada 17 Ogos 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR

Dataran Merdeka yang dihiasi Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025. Tahun ini, Dataran Merdeka sekali lagi menjadi tumpuan pengunjung bagi menghayati semangat kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia pada 20 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Kanak-kanak berlari memegang jalur gemilang pada bulan kemerdekaan di Caledonia Bestari Jaya pada 17 ogos 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Saedon Sulaiman Shah, 60, memasang Jalur Gemilang di sebuah jambatan sempena bulan kemerdekaan di Kampung Teras Jernang, Hulu Langat pada 17 Ogos 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR

Dataran Merdeka dihiasi Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan 2025. Tahun ini, Dataran Merdeka sekali lagi menjadi tumpuan pengunjung bagi menghayati semangat kemerdekaan dan perpaduan rakyat Malaysia pada 20 Ogos 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR

Seorang penduduk merakam Jalur Gemilang gergasi yang dipasang di Kompleks Pendidikan Islam Intergratif , Seri Al Huda Gombak sempena sambutan Bulan Kebangsaan pada 18 Ogos 2024. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.