Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan tiga telefon bimbit bernilai RM8,000

23 Ogos 2025, 5:24 AM
Pura-pura jadi pelanggan sebelum larikan tiga telefon bimbit bernilai RM8,000

KUANTAN, 23 OGOS: Seorang lelaki dipercayai warga asing berpura-pura menjadi pelanggan sebelum melarikan tiga telefon bimbit bernilai kira-kira RM8,000 di sebuah kedai telefon di tingkat bawah sebuah pusat beli-belah di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata kejadian pada 8.45 malam itu berlaku ketika suspek yang memakai jaket berwarna maroon dan pelitup muka berpura-pura melihat telefon bimbit jenama iPhone yang dipamerkan sebelum melarikan diri bersama tiga unit telefon berkenaan.

“Jurujual kedai cuba mengejar suspek namun gagal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan pihak polis telah memperoleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi membantu siasatan.

“Polis sedang giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di talian 09-5652222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Ashari turut menasihatkan peniaga agar lebih berwaspada selain memastikan tahap keselamatan di premis masing-masing dalam keadaan baik bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619