Prestasi Tang Jie-Ee Wei makin baik, bersedia untuk kejohanan dunia

23 Ogos 2025, 5:09 AM
Prestasi Tang Jie-Ee Wei makin baik, bersedia untuk kejohanan dunia

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menunjukkan perkembangan positif dalam sesi latihan sekali gus memberi petanda baik menjelang Kejohanan Badminton Dunia yang akan bermula Isnin ini di Paris, Perancis.

Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berharap pasangan itu dapat mengekalkan momentum tersebut apabila beraksi di kejohanan berkenaan.

“Saya nampak sudah ada kemajuan bagi Tang Jie-Ee Wei dalam sesi latihan sebelum ini.

“Walaupun ia belum signifikan tetapi bagi saya, ini perkembangan positif buat mereka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Pasangan di ranking keempat dunia itu, sebelum ini bergelut mencari rentak terbaik hingga pada satu ketika berpisah sementara pada Mac namun kembali bergandingan kurang sebulan kemudian.

Malah pasangan tersebut juga gagal melayakkan diri ke perlawanan akhir dalam mana-mana kejohanan disertai mereka tahun ini dengan terkandas di separuh akhir sebanyak lima kali, termasuk pada Terbuka Macau.

Dalam pada itu, Rexy berharap Tang Jie-Ee Wei segera melupakan kisah lama mereka dan tidak mengulangi kesilapan sama di Kejohanan Dunia.

Pada Kejohanan Dunia tahun ini, Tang Jie-Ee Wei menerima bye pada pusingan pertama dan dijangka berdepan beregu India, Rohan Kapoor-Ruthvika Gadde yang menghuni ranking ke-33 dunia di pusingan kedua.

-- BERNAMA

TAG: badminton, kejohanan, rentak, Rexy Mainaky, ABM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619