Penunggang RXZ maut kemalangan di Gerik

23 Ogos 2025, 3:05 AM
Penunggang RXZ maut kemalangan di Gerik

IPOH, 23 OGOS: Seorang lelaki maut selepas motosikal Yamaha RXZ ditunggangnya bertembung sebuah treler di Kilometer 45, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Abdul Samad Othman berkata mangsa Roziman Abu Aziz, 36, dari Baling, Kedah meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik.

“Kejadian berlaku kira-kira 9 pagi apabila motosikal mangsa dari arah Gerik ke Jeli hilang kawalan ketika melalui selekoh sebelum terbabas ke laluan bertentangan.

“Mangsa kemudiannya melanggar bahagian kanan bampar treler jenis Volvo dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Samad berkata bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kecederaan dalaman pada abdomen akibat kemalangan.

Beliau berkata pemandu treler tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian berlaku semasa mangsa difahamkan dalam perjalanan ke Perhimpunan RXZ 7.0 di Gong Badak, Kuala Terengganu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619