Polis sahkan dua pelajar maut jatuh kondo, siasat dakwaan buli

22 Ogos 2025, 3:04 PM
Polis sahkan dua pelajar maut jatuh kondo, siasat dakwaan buli

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus mengesahkan dua insiden melibatkan pelajar institut pendidikan tinggi swasta di Setapak yang terjatuh dari sebuah kondominium di Persiaran Pertahanan, Taman Melati di sini pada Rabu lepas.

Beliau berkata dalam insiden pertama pada 6.48 pagi, seorang pelajar wanita berusia 22 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 22 dan ditemukan di tingkat lapan kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia.

“Bedah siasat mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi... pemeriksaan di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Pada 1.57 tengah hari, ibu mangsa yang berusia 53 tahun hadir membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kejadian itu dan mendakwa anaknya menjadi mangsa buli… ,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata dalam insiden kedua pada 9.35 malam, seorang lelaki berumur 21 tahun dilaporkan terjatuh dari tingkat 35 blok dan ditemukan di bahagian belakang kondominium itu sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Hasil bedah siasat juga mendapati punca kematian adalah pelbagai kecederaan yang dialami akibat terjatuh dari tempat tinggi dan tiada unsur jenayah dikesan... kes turut diklasifikasikan sebagai SDR,” katanya sambil menambah siasatan mendedahkan kedua-dua mangsa belajar di kolej swasta yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 507B Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619