Polis ke rumah penyanyi rap untuk serah surat panggilan saksi

22 Ogos 2025, 2:50 PM
Polis ke rumah penyanyi rap untuk serah surat panggilan saksi

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan beberapa pegawainya telah pergi ke kediaman seorang penyanyi rap baru-baru ini untuk menyerahkan surat panggilan saksi kepadanya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata tindakan itu dibuat mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah, susulan laporan ke atasnya oleh seorang lelaki berusia 33 tahun pada 31 Julai lepas yang mengadu menerima hantaran jelik daripada penyanyi itu menerusi hantaran di media sosial Instagram.

"Hantaran yang diterima pengadu berunsur serangan dalam komen, mesej kebencian, tuduhan dan kecaman yang memfitnah watak serta reputasi pengadu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadil berkata kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Penyanyi berkenaan dalam sebuah video tular berdurasi tiga minit sembilan saat yang dimuat naik di Instagramnya, memaparkan beberapa pegawai polis datang ke kediamannya dan cubaannya menghubungi polis bagi meminta maklumat berhubung tujuan kedatangan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619