ad

MBDK sita tiga premis warga asing, dua notis pembatalan lesen dikeluarkan

21 Ogos 2025, 1:00 PM
MBDK sita tiga premis warga asing, dua notis pembatalan lesen dikeluarkan
MBDK sita tiga premis warga asing, dua notis pembatalan lesen dikeluarkan
MBDK sita tiga premis warga asing, dua notis pembatalan lesen dikeluarkan

KLANG, 21 OGOS: Tiga premis yang dikendalikan warga asing di sekitar Klang disita Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), manakala dua lagi dikenakan notis pembatalan lesen dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan petang tadi.

Pemangku Pengarah Jabatan Pelesenan MBDK Mohd Izzat Mokhtar berkata premis yang disita diusahakan sepenuhnya oleh warga asing tanpa lesen sah dengan anggaran nilai sitaan melebihi RM10,000.

Sementara itu, dua lagi premis berlesen dikenakan notis niat pembatalan lesen di bawah UUK 10(1) Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Majlis Perbandaran Klang) 2007 kerana menggaji warga asing tanpa kebenaran sah.

Beberapa pegawai Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) sedang mengangkut barangan yang di sita di kawasan Meru Klang dalam Ops Khas MBDK pada 21 Ogos 2025 di Meru Klang. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

"Pemilik diberi peluang mengemukakan rayuan atau alasan. Sekiranya gagal, lesen mereka akan dibatalkan," katanya.

Tambahnya, operasi bersepadu bersama Jabatan Penguatkuasa itu menumpukan kawasan Jalan Teruntum 13 dan Jalan Seri Kenangan 8, Meru di sini hasil maklumat serta aduan orang awam.

Lima premis diperiksa melibatkan sebuah restoran, sebuah pasar mini, sebuah kedai telekomunikasi serta dua premis katering.

Izzat menegaskan bahawa premis kediaman tidak boleh dijadikan tempat berniaga dan pemilik rumah yang menyewakan premis kepada warga asing akan dirujuk kepada Jabatan Pendaftaran serta Jabatan Perancang untuk tindakan lanjut.

Beberapa pegawai Majlis Bandaraya DiRaja Klang (MBDK) sedang memeriksa kedai runcit di kawasan Meru Klang dalam Ops Khas MBDK pada 21 Ogos 2025 di Meru Klang . Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR

Beliau turut menggesa orang awam supaya terus menyalurkan maklumat sekiranya terdapat premis yang diusahakan sepenuhnya oleh warga asing bagi membolehkan tindakan tegas diambil.

Sementara itu, penduduk Kandasamy, 58, yang sudah lebih 30 tahun menetap di kawasan itu berkata, operasi berkenaan amat dinanti kerana premis terbabit sering menimbulkan ketidakselesaan di kejiranan.

"Mereka berniaga dari awal pagi sampai malam, bunyi bising memang mengganggu. Saya juga risau soal keselamatan. Lebih baik mereka berniaga di bandar, bukan dalam kawasan perumahan," katanya.

Kandasamy

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.