ad

JKM boleh periksa taska tanpa notis jika terima aduan, pastikan kanak-kanak selamat

21 Ogos 2025, 9:28 AM
JKM boleh periksa taska tanpa notis jika terima aduan, pastikan kanak-kanak selamat
JKM boleh periksa taska tanpa notis jika terima aduan, pastikan kanak-kanak selamat
JKM boleh periksa taska tanpa notis jika terima aduan, pastikan kanak-kanak selamat

SHAH ALAM, 21 OGOS: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor boleh melakukan pemeriksaan mengejut ke atas taman asuhan kanak-kanak (taska) dalam tempoh 24 jam selepas menerima aduan.

Pengarahnya Azmir Kassim berkata pegawai diberi kuasa boleh turun ke lokasi serta-merta tanpa sebarang notis bagi memastikan keselamatan dan kebajikan kanak-kanak sentiasa terjamin.

Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Azmir Kassim berucap ketika Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

“Sekiranya terdapat aduan, pegawai JKM boleh buat lawatan mengejut dalam masa 24 jam untuk menilai keadaan sebenar dan ambil tindakan sewajarnya.

“Lawatan mengejut ini merangkumi pemeriksaan aspek keselamatan, kebersihan, pematuhan syarat pendaftaran, bilangan pengasuh serta layanan terhadap kanak-kanak,” katanya.

Berucap pada majlis Sambutan Hari Taska Selangor di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz baru-baru ini, beliau turut menegaskan setiap taska diwajibkan memasang kamera litar tertutup (CCTV) sebelum beroperasi, selaras garis panduan keselamatan yang ditetapkan.

EXCO Kebajikan Masyarakat Anfaal Saari dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Azmir Kassim bergambar bersama selepas Program Advokasi Perkhidmatan Taska dan Sambutan Hari Taska Selangor 2025 di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR

Azmir menambah, tahap pematuhan turut diperkukuh melalui sistem peringatan awal kepada pengusaha iaitu notis dihantar enam bulan sebelum lesen tamat. Lesen taska perlu diperbaharui setiap lima tahun.

“JKM Selangor juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan semua taska mematuhi aspek keselamatan, kesihatan dan kelulusan premis,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.