SEPANG, 21 OGOS: Guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam dengan mendakwa Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Wanita itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam di akaun TikTok miliknya “SHA_Abrienda” pada 1.20 petang, 6 Ogos lepas.
- BERNAMA