Polis KL lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM44.3 juta

20 Ogos 2025, 6:49 AM
Polis KL lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM44.3 juta

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Polis Kuala Lumpur melupuskan barang kes melibatkan pelbagai jenis dadah dan peralatan memproses bahan terlarang itu bernilai RM44.3 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pelupusan itu melibatkan 839 kilogram (kg) dadah dan 1,345 liter cecair, membabitkan 21,293 kertas siasatan dari tahun 2009 hingga 2004.

Beliau berkata kesemua barang kes itu dilupuskan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Polis Kuala Lumpur mengikut peruntukan Perintah Tetap Ketua Polis Negara D207 (Pelupusan Barang Kes) di Pusat Rawatan Sisa Kualiti Alam Sdn Bhd, Bukit Pelandok, Negeri Sembilan.

"Antara barang kes dadah yang dilupuskan terdiri methamphetamine dan ketamin seberat 245.56 kg bernilai RM27 juta, 140.39 kg MDMA (RM7.01 juta), 87 kg heroin (RM2.1 juta) serta 199.09 kg kanabis (RM5.9 juta).

"Antara kertas siasatan yang terlibat membabitkan Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1) dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya1952," kata beliau pada sidang media Majlis Pelupusan Barang Kes Dadah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini.

Beliau berkata nilai keseluruhan dadah yang dilupuskan dianggarkan mampu menjejaskan lebih 1.7 juta individu sekiranya berjaya diedarkan di pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619