Polis tahan pemandu van sekolah turunkan, ambil pelajar secara berbahaya

20 Ogos 2025, 2:10 AM
Polis tahan pemandu van sekolah turunkan, ambil pelajar secara berbahaya

KUALA LUMPUR, 20 OGOS: Polis menahan seorang lelaki disyaki seorang pemandu van sekolah yang menurunkan dan mengambil pelajar sekolah secara berbahaya dalam video tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata siasatan terhadap lelaki berusia 59 tahun itu, dibuat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang daripada lima ribu ringgit dan tidak lebih dari lima belas ribu ringgit,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Naazron berkata video tular berdurasi 33 saat berkenaan yang dikesan pihaknya pada 5.53 petang semalam, memaparkan sebuah van dalam keadaan bergerak sedang menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah.

Beliau berkata tindakan terbabit boleh mendatangkan bahaya kepada pelajar dan pengguna jalan raya lain.

Naazron turut memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi balai polis yang berdekatan atau berhubung dengan pegawai penyiasat Insp. Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619