Gunung Lewotobi meletus, pihak berkuasa keluar amaran penerbangan tahap tertinggi

19 Ogos 2025, 5:34 AM
Gunung Lewotobi meletus, pihak berkuasa keluar amaran penerbangan tahap tertinggi

JAKARTA, 19 OGOS: Gunung Lewotobi di wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia meletus beberapa kali pada Isnin, mencetuskan amaran penerbangan tahap tertinggi, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi negara itu, lapor Xinhua.

Semasa letusan itu, awan mengandungi abu menjulang setinggi lapan kilometer ke udara, dengan kepulan asap kelabu tebal bergerak ke arah barat dan barat laut dari gunung berapi berkenaan.

Sebagai tindak balas, pihak berkuasa telah menaikkan Notis Pemerhatian Gunung Berapi untuk Penerbangan ke tahap amaran tertinggi iaitu merah, melarang penerbangan pada ketinggian bawah enam kilometer (km) di kawasan itu.

Juruterbang juga diberi amaran tentang bahaya abu gunung berapi, yang boleh menjejaskan enjin pesawat dan jarak penglihatan.

Pihak berkuasa turut mengehadkan semua aktiviti dalam radius tujuh km dari kawah bagi melindungi penduduk tempatan, pelancong dan pengunjung,

Komuniti yang tinggal di lereng gunung berapi itu telah dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada terhadap risiko banjir lahar, yang boleh berlaku apabila hujan lebat menyebabkan sungai dari puncak melimpah.

Dengan ketinggian 1,584 meter, Gunung Lewotobi merupakan satu daripada 127 gunung berapi aktif di Indonesia.

-- BERNAMA-XINHUA

TAG: Indonesia, gunung berapi, letusan, Lewotobi, amaran penerbangan

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619