Mahkamah Tinggi dengar permohonan gali semula mayat pelatih Palapes Isnin depan

19 Ogos 2025, 3:05 AM
Mahkamah Tinggi dengar permohonan gali semula mayat pelatih Palapes Isnin depan

SHAH ALAM, 19 OGOS: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan Isnin depan sebagai pendengaran hujahan notis permohonan menggali semula mayat pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes), Syamsul Haris Shamsudin yang meninggal dunia pada Julai.

Hakim Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh turut menetapkan Jumaat ini untuk pihak responden mewakili Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail dan Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar mengemukakan afidavit balas.

Terdahulu peguam keluarga Allahyarham, Datuk Naran Singh memohon proses pendengaran itu dilakukan dalam tempoh seminggu ini untuk memastikan keberkesanan bukti memandangkan mayat sudah ditanam pada 29 Julai.

Peguam Datuk Naran Singh (tengah) menunjukkan gambar Syamsul Haris Shamsudin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES selepas sesi pemohonan untuk mengali semua mayat di mahkamah tinggi Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Turut serta ibunya, Ummu Haiman Bee Daulatgun (kanan) dan ADN Dusun Tua, Dato’ Wira Johan Aziz, Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Beliau turut meminta pihak responden menyerahkan gambar bedah siasat pertama bagi membolehkan pihaknya menyediakan hujahan balas pada sesi pendengaran.

“Kami sedia membayar kos melaksanakan bedah siasat kedua. Jika dibenarkan, bekas patologi forensik, Datuk Dr Bhupinder Singh akan menjadi pemerhati proses tersebut. Saya juga akan masuk memerhati,” katanya ketika prosiding pengurusan kes.

Syamsul Haris,22, meninggal dunia di Hospital Kota Tinggi, Johor pada 28 Julai lalu. Kematian pelajar jurusan Sains Komputer (Keselamatan Siber) itu dipercayai ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) Johor.

Ketika menziarahi keluarga Allahyarham pada Jumaat lalu, Dato’ Menteri Besar berharap siasatan menyeluruh dijalankan berhubung kematian terbabit.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pihaknya juga bersedia memberikan bantuan sepenuhnya kepada keluarga mangsa bagi memastikan keadilan ditegakkan.

Peguam Datuk Naran Singh (tengah) bersama Ummu Haiman Bee Daulatgun (kanan) dan ADN Dusun Tua, Dato’ Wira Johan Aziz selepas sesi pemohonan untuk mengali semula mayat Syamsul Haris Shamsudin yang meninggal dunia ketika menjalani latihan PALAPES di mahkamah tinggi Shah Alam pada 19 Ogos 2025. Turut serta ibunya, Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619