Ahli lembaga syarikat pemaju projek sakit berisiko disenarai hitam

18 Ogos 2025, 8:48 AM
Ahli lembaga syarikat pemaju projek sakit berisiko disenarai hitam
Ahli lembaga syarikat pemaju projek sakit berisiko disenarai hitam

KUALA LUMPUR, 18 OGOS: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang meneliti cadangan pindaan terhadap Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) bagi memperluaskan skop tindakan ke atas projek komersial yang bermasalah.

Menteri berkenaan Nga Kor Ming berkata pindaan itu akan membolehkan penguatkuasaan dilaksana dengan lebih berkesan dan menyeluruh termasuk menyenarai hitam ahli lembaga syarikat pemaju induk serta syarikat subsidiari.

Katanya, langkah itu mampu memperkukuhkan tindakan dan kawalan yang lebih baik sebagai pencegahan awal serta tindakan jangka panjang bagi mengelakkan projek perumahan swasta menjadi sakit dan akhirnya terbengkalai.

“KPKT akan terus mempergiat sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan termasuk agensi penguatkuasaan, badan perundangan, pemain industri dan wakil pengguna bagi memastikan pindaan kepada Akta 118 nanti adalah relevan, menyeluruh dan berimpak tinggi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

“Melalui pindaan ini kelak, bukan sahaja syarikat induk akan disenarai hitam malah pemilik sebenar di belakang tabir syarikat juga akan dikenakan tindakan sama….ini sedang kita perhalusi, dan jika berjalan lancar, pindaan akta ini akan dibentangkan tahun depan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619