Sebutan inkues kes Zara Qairina di mahkamah esok - peguam

17 Ogos 2025, 8:31 AM
Sebutan inkues kes Zara Qairina di mahkamah esok - peguam

KOTA KINABALU, 17 OGOS: Mahkamah Majistret di sini menetapkan sebutan inkues berhubung kematian pelajar Zara Qairina Mahathir pada 9 pagi esok.

Peguam Hamid Ismail yang mewakili ibu mangsa Noraidah Lamat, 45, mengesahkan perkara itu kepada Bernama hari ini, dan memaklumkan beliau telah dimaklumkan mengenai prosiding berkenaan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Ya, benar esok (inkues),” katanya sambil menjelaskan prosiding itu hanya untuk sebutan.

Pada Rabu, AGC memutuskan untuk mengadakan prosiding inkues berhubung kematian Zara Qairina, 13, selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Zara Qairina meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, di sini pada 17 Julai, selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar pada pagi 16 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619