AS gantung visa pelawat dari Gaza

17 Ogos 2025, 1:15 AM
AS gantung visa pelawat dari Gaza

ISTANBUL, 17 OGOS: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menggantung semua visa pelawat untuk penduduk Semenanjung Gaza dengan alasan sedang menjalankan semakan terhadap proses pengeluaran, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Semua visa pelawat untuk individu dari Gaza dihentikan, sementara kami menjalankan semakan penuh dan menyeluruh terhadap proses serta prosedur yang digunakan bagi mengeluarkan sejumlah kecil visa sementara atas tujuan perubatan dan kemanusiaan sejak beberapa hari lalu,” menurut jabatan itu dalam hantaran di platform media sosial X.

Kempen ketenteraan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meragut hampir 61,900 nyawa rakyat Palestin, memusnahkan wilayah itu dan mendorongnya ke ambang kebuluran.

Pada November lalu, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas menteri pertahanan Yoav Gallant berhubung dakwaan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung peperangannya di wilayah berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619