Dana RM3.8 juta laksana program literasi al-Quran, 1,598 pelajar ikuti pengajian sijil

16 Ogos 2025, 8:00 AM

SHAH ALAM, 16 OGOS: Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) memperuntuk RM3.8 juta bagi melaksanakan program pendidikan dan latihan mendalami kitab suci sepanjang tahun ini.

Pengurus ALAS Abu Dzar Adanan berkata peruntukan tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan Selangor dalam memperkasa literasi al-Quran serta pembangunan modal insan yang berteraskan nilai-nilai Islam.

“Pada tahun 2025, sebanyak RM3.8 juta diperuntuk bagi melaksanakan program dan latihan kepada sekolah-sekolah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan peserta tilawah dan hafazan al-Quran.

“Selain itu, dana ini juga dimanfaatkan kepada imam-imam di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Sokongan padu ini menjadi tonggak kepada kejayaan ALAS dalam melaksanakan program pengajian al-Quran bersijil di pelusuk Selangor,” katanya.

Beliau berucap sempena Majlis Konvokesyen Ke-23 Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) di Hotel Concorde, di sini hari ini.

Tambah Abu Dzar, jumlah pelajar mengikuti pengajian bersijil di ALAS meningkat kepada 1,598 pada tahun ini, berbanding 1,266 pada tahun lepas.

Dalam perkembangan lain, Abu Dzar turut memaklumkan Maahad Darussalam Litadrib Alislami Tay Tinh dari Vietnam menyatakan hasrat untuk menjalin kerjasama dengan ALAS bagi pembangunan pengajian al-Quran di negara tersebut.

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran dan modul pembelajaran yang dibangunkan ALAS, malah membuka ruang kepada usaha pendidikan Islam merentasi sempadan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619